01 September 2008
HANYA "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" BOLEH CEGAH JENAYAH - GUAN ENG
| Mohd Sabri Said Mon Sep 01, 08 3:06:40 pm MYT | |||||||
PERMATANG PAUH, 1 Sept (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan.
Ujar beliau, hanya dengan mengamalkan kebaikan sambil menghindarkan perkara yang boleh menghampiri perbuatan terkutuk negara dapat diselamatkan daripada hancur. "Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam. Beliau percaya, semua agama mengamalkan kebaikan maka tidak menjadi kesalahan sekiranya rakyat yang cintakan keharmonian, kesejaheraaan, keadilan dan ketamadunan sejagat.
Guan Eng berkata, setelah mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh semua petugas jangan bersikap sombong dan bongkak kerana sikap sebegitu boleh mengundang kemarahan orang ramai yang akhirnya menggagalkan matlamat Pakatan Rakyat. (Gambar - Lim Guan Eng berucap, hadir sama Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Dato' Zaharin Hashim dan Ustaz Salleh Man). Katanya, petugas atau pun ahli parti di parlimen Permatang Pauh hendaklah mengerakkan semua organisasi seperti biasa serta senantiasa bersiap sedia membantu masyarakat. "Kita dah menang dan untuk menjagai kemenangan satu tugasan yang amat berat. Maka, ia perlu kerjasama yang baik daripada semua parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Pertamanya, pemerintahan mesti bersih. Kedua, cekap dalam segala bidang urus tadbir yang membabitkan kakitangan kerajaan ataupun swasta. Ketiganya,pemerintahan berlandaskan demokrasi yang betul, Keempatnya pula, mengwujudkan perpaduan dengan lebih sistematik serta memperkasakan rakyat berbilang bangsa dan ke lima, perlu menegakan sifat keharmonian, rendah diri dan merdeka secara hakiki. - mr _ | |||||||
Tulis semula sejarah untuk perbetulkan fikiran rakyat
| Nyza Ayob Mon Sep 01, 08 12:00:02 pm MYT | |||||||
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengharapkan agar konsep kemerdekaan dapat diperbetulkan dalam pemikiran rakyat Malaysia dengan adanya penulisan semula sejarah kemerdekaan.
Katanya, sejarah kemerdekaan perlu diperbetulkan khususnya dalam pengajian sejarah di Institusi Pengajian Tinggi dan di sekolah-sekolah. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah pada majlis Ambang Merdeka anjuran Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat, dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pandan di Dataran MPAJ, Pandan Indah, malam semalam. Turut serta dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi dan Exco Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi.
" Tiada sesiapa pun yang berminat untuk membuat filem mengenai pejuang kemerdekaan yang sebenar seperti Ahmad Boestaman, Abu Bakar Bakir, Mat Kilau dan Dr Burhanuddin al Helmy. Dan jika ada pun yang membuat filem seperti ini, barangkali Lembaga Penapis Filem akan mengharamkan filem -filem mengenai pejuang ini kerana mereka yang terlibat dalam penapisan filem ini di kalangan orang Umno. "Kita bersyukur kepada Allah di atas kemerdekaan tersebut walaupun sejarah kemerdekaan tersebut banyak diselewengkan. Apabila menjelang kemerdekaan, nama Tunku Abdul Rahman disebut sebagai bapa kemerdekaan. Memang kita mengakui Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak mengambil alih kemerdekaan. Kita bukan hendak menafikansumbangan mereka. Tetapi mereka bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar.,"katanya. Tambahnya, sukar bagi PAS untuk memperbetulkan sejarah kemerdekaan selagi PAS belum menaungi kerajaan pusat. Sementara itu katanya, sejak ditubuhkan 57 tahun lalu, PAS sentiasa mencari jalan untuk memperkenalkan parti dan jemaah kepada seluruh masyarakat.
"Pelbagai label diberi, terutama label PAS kepada bukan Islam sekiranya mereka memberi sokongan kepada PAS. Begitu juga kepada kaki tangan kerajaan. Biro Tatanegara memainkan peranan menggambarkan betapa buruknya negara jika Umno tidak memerintah selepas merdeka,"katanya. Dalam pada itu katanya, PAS akan terus bergerak atas landasan perjuangan mengharapkan perpaduan dengan semua kaum akan terus terpelihara. - | |||||||
PARTI ISLAM SE MALAYSIA : MEMAHAMI KONSEP WALA'
Memberi ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi
Mengangkat sebagai pemimpin
Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu
Memberi kepercayaan
Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan
Rasulullah
Mukminin (orang-orang beriman)
Yang mengeluarkan zakat
Yang tunduk-patuh kepada Syari’at Allah.
3. Muzakarah atau muqabalah akan diteruskan dengan sesiapa sahaja
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi
PAS : DAKWAH DAN SIASAH
Melebarkan Sokongan
Merentasi Semua Kelompok
Serta Segmen Rakyat dan Pengundi
posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Menurutnya, negara akan terus maju dengan sikap atau amalan tersebut kerana ia terbukti dengan pemerintahan secara Islam yang mementingkan kaedah berkenaan.
Kerajaan negeri katanya, mengemukakan lima prinsip yang patut diikuti untuk mengujudkan situasi yang aman dan makmur dalam urus tadbir pemerinthan.
Mohamad turut mengharapkan sebagai pengisian kemerdekaan , penonton tidak hanya sekadar dihidangkan dengan filem-filem seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong yang disiarkan saban tahun.
"Dr Mahathir pernah menyebut PAS lebih bahaya daripada komunis. Dato' Onn pula pernah menyatakan antara dua gunung, iaitu gunung komunis dan Gunung Semanggol, Gunung Semanggol lebih bahaya. Di Gunung Semanggol inilah lahirnya gerakan Islam Hizbul Muslimin.